the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi Fadzil: Tingkatkan tahap capaian internet di kawasan pelancongan

BANTING: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar) menggesa syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan mereka termasuk capaian Internet di kawasan tumpuan pelancong.

Fahmi berkata perkara itu harus diberi perhatian oleh penyedia perkhidmatan agar pengguna menikmati kepuasan setimpal dengan kos yang dibayar kepada syarikat telekomunikasi untuk langganan perkhidmatan.

“Jika kita lihat ada kawasan pelancongan di tempat-tempat tertentu berdepan masalah liputan Internet dan telekomunikasi sedangkan mereka telah membayar amaun yang banyak untuk pakej tertentu kepada syarikat telekomunikasi.

Maka sepatutnya pelanggan ini dapat menikmati perkhidmatan seperti yang diharapkan di mana sahaja mereka berada,“ katanya kepada pemberita selepas majlis sesi ramah mesra Program Kembara Media 2023 di Gamuda Cove di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Menurut Fahmi kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memberi perhatian terhadap isu berkenaan supaya ia dapat diatasi demi manfaat orang ramai.

“Apa yang kita sedang usahakan melalui MCMC ialah memberi satu tugasan kepada syarikat (supaya bertindak) tidak boleh segala-galanya seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi memuji usaha pihak media dalam melaporkan masalah liputan Internet dan yakin ia dapat memberi kesedaran kepada pihak penyedia perkhidmatan terbabit untuk mengambil tindakan proaktif dalam menangani isu berkenaan.

Program Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan Malaysia selama empat hari bermula Isnin disertai 22 pengamal media bertujuan menyusuri keindahan serta landskap pelancongan yang terdapat di Selangor serta Negeri Sembilan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings