the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lesen memandu 10 tahun: Tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah tetap diambil

SEREMBAN: Tindakan penguatkuasaan tetap akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan jalan raya walaupun pemegang lesen telah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai sistem yang mampu mengesan pesalah dan tindakan seperti penggantungan lesen atau menarik lesen bagi kesalahan tertentu tetap dilakukan.

“Walaupun ada pihak mendakwa dengan cara ini orang tidak bayar saman dan sebagainya, kami ada cara lain iaitu digital.

“Kalau mereka ada kesalahan seperti kes kemalangan, hukuman gantung lesen mereka tetap dilakukan, bukan bermaksud pemegang lesen itu sudah bayar (lesen) tidak akan digantung,“ katanya ketika mengadakan lawatan ke JPJ Cawangan Seremban di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim.

Sementara itu, Loke berkata kerajaan memulakan dasar baharu membenarkan pemegang lesen memandu bagi semua kategori mendapat diskaun 10 peratus sekiranya memperbaharui tempoh 10 tahun.

“Cuma bayar RM270 berbanding RM300. Itu merupakan dasar baharu yang kami perkenalkan untuk memudahkan orang ramai. Saya banyak mendapat maklum balas dan permintaan daripada orang ramai tempoh untuk memperbaharui lesen memandu dipanjangkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata JPJ terus memperkasakan integriti penguatkuasaan bagi mengatasi masalah “tonto” dan penguatkuasaan ditambah baik bagi mengatasi kelemahan dalaman agar maklumat tidak bocor kepada pihak luar.

“Kami tahu ada cubaan untuk mendapat maklumat daripada orang dalaman dan sebagainya, JPJ akan terus memperkasakan integriti. Tonto memang isu yang membelenggu JPJ,” katanya.

Loke berkata apa jua kaedah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu, ia tidak akan dapat mencabar undang-undang negara.

“Apa pun helah mereka bagi mengelakkan daripada penguatkuasaan, sama ada mengunakan telekomunikasi lebih canggih, JPJ dapat mengatasinya dengan kaedah lebih berkesan,“ katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas taktik “tonto” yang kini menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan aktiviti penguatkuasaan JPJ. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings