the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Salah guna kuasa, rasuah dalam kalangan penjawat awam di Melaka menurun

MELAKA: Siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pegawai atau penjawat awam di Melaka dilihat menurun ekoran daripada pelbagai pendekatan yang dilaksanakan secara proaktif antara ketua jabatan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad bagaimanapun tidak mendedahkan perbandingan jumlah kes yang disiasat agensi itu untuk tempoh tertentu.

Beliau berkata antara pendekatan itu ialah penganjuran Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam kalangan penjawat awam di negeri itu bagi meningkatkan tahap integriti agar mereka lebih bertanggungjawab melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.

“Kita tahu rasuah ini infiniti dan usaha membanteras serta memerangi rasuah bukan terletak pada SPRM semata-mata, sebaliknya ia memerlukan kerjasama semua pihak.

“Jadi, salah satu usaha ialah menerusi IBR yang melibatkan ikrar serta aku janji seseorang. Di Melaka, usaha berkenaan giat dilaksanakan dengan kerjasama agensi dan jabatan agar kesedaran menghindari perbuatan itu dalam menjalankan amanah atau tanggungjawab sebagai penjawat awam dapat ditingkatkan,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis IBR Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) melibatkan 30 pegawai dan kakitangan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif PTHM Ismail Hasim.

Mohd Shahril berkata pihaknya juga melaksanakan bengkel pemurniaan berkaitan risiko rasuah dan cara menghindarinya melibatkan golongan berisiko terdedah kepada perbuatan itu seperti penguat kuasa dan kakitangan bahagian perolehan.

“Menerusi bengkel ini kita akan memberi taklimat berkaitan proses yang perlu dilakukan supaya kejadian atau kes rasuah dapat dihindari,“ katanya.

Menurutnya SPRM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri yang ingin melakukan IBR kerana usaha ini selaras dengan Pelan Anti Rasuah Nasional dan Pelan Anti Rasuah Melaka.

Katanya setakat ini lebih 20 agensi dan jabatan kerajaan negeri telah melakukan IBR. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings