the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan LRT laluan Kelana Jaya: Rapid Rail aktifkan rel alternatif

KUALA LUMPUR: Rapid Rail telah mengaktifkan perkhidmatan rel altenatif susulan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan bekalan kuasa pada 7.50 malam semalam.

Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan rel altenatif itu beroperasi dengan semua tren dari arah Putra Heights berpatah balik ke Stesen LRT Pasar Seni manakala tren dari arah Gombak berpatah balik ke Stesen LRT Damai.

“Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang mengalami gangguan akibat masalah bekalan kuasa melibatkan lima stesen bawah tanah antara stesen LRT Ampang Park dan Masjid Jamek.

“Gangguan ini menyebabkan fasiliti seperti lif, eskalator dan lampu tidak dapat berfungsi di stesen terlibat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan kerja-kerja mengenal pasti punca gangguan sedang giat dijalankan.

“Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pengguna. Pengumuman dari semasa ke semasa akan dibuat menerusi saluran media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen,” menurut kenyataan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings