the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000

MELAKA: Seorang pekerja kilang didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya kerana berebut ingin membawa anak mereka berusia tujuh bulan ke sebuah klinik, tahun lepas.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda selepas menerima pengakuan tertuduh, Syazwan Izzuddin Samsudin, 30, yang berdepan pertuduhan pilihan.

Mengikut pertuduhan, Syazwan Izzuddin didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Norfarhana Azlin Azman, 24, yang ketika itu merupakan isterinya dengan cara memukul menggunakan tangan di bahagian kiri muka, lengan, leher dan badan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kaki lima hadapan pintu masuk sebuah klinik di Taman Cempaka dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira 10 malam, 14 Ogos 2022, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, kejadian berpunca daripada salah faham antara tertuduh dan mangsa kerana berebut anak mereka yang berusia tujuh bulan pada waktu tersebut.

Difahamkan, tertuduh ingin membawa bayi tersebut ke klinik kerana tidak sihat namun dihalang oleh mangsa dan perbuatan tersebut menyebabkan dia dipukul.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada masyarakat manakala peguam Haslinda Abu Bakar memohon agar hukuman ringan diberikan memandangkan ia kesalahan pertama anak guamnya serta perlu menanggung anak dan ibunya.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings