the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kepusatan ASEAN kekal pedoman utama menurut PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya ASEAN terus bersatu dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidakstabilan global yang semakin meningkat. Beliau menyeru negara anggota memperkukuh Kepusatan ASEAN dan menjadikannya sebagai panduan utama.

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan, Anwar menekankan peranan ASEAN sebagai tonggak utama rantau ini bagi dialog dan kerjasama. “Kepusatan ASEAN harus menjadi pedoman utama kita seperti yang dilihat melalui usaha berterusan dalam memperkukuh dan memperbaharui institusi-institusi yang diterajui ASEAN,“ katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa ASEAN perlu terus menawarkan nilai kepada rakan dialog. “Kita mesti kekal sebagai tonggak utama bagi dialog serantau sebagaimana Rakan Dialog kita harus terus dapat melihat nilai untuk menjalin hubungan dengan kita,“ ujarnya.

Perdana Menteri turut menyifatkan landskap global semasa sebagai keadaan yang menyaksikan kepastian lama semakin memudar dan ancaman baharu mula muncul, justeru mesyuarat ini berlangsung di tengah-tengah terlerainya andaian lama apabila kuasa menggugat prinsip dan ketenangan tidak lagi boleh diambil mudah.

“Tatanan global kini semakin merapuh. Konflik, pemaksaan dan rasa curiga kini membelenggu terlalu banyak hubungan antarabangsa dan begitu banyak nyawa terkorban atau terkesan akibatnya,” kata beliau.

Pada masa sama, Anwar meluahkan kebimbangan yang mendalam terhadap krisis berpanjangan termasuk konflik di Gaza, perang di Ukraine dan keganasan di beberapa kawasan di Afrika serta situasi yang kian meruncing di Myanmar.

“Di Gaza dan Palestin, kita menyaksikan penderitaan yang tidak berkesudahan seluruh rakyatnya, yang turut dinafikan maruah serta keadilan sejak beberapa generasi. Di Ukraine, perang masih berlarutan. Di beberapa kawasan di Afrika, keganasan yang terus berlaku telah menyebabkan perpindahan dan kemusnahan. Dan di Myanmar, keamanan sukar digapai malah penderitaan semakin mendalam,” katanya.

Perdana Menteri turut merujuk kepada ketegangan yang kian memuncak di Timur Tengah di mana tindakan sesebuah negara terhadap jirannya menjadi ancaman yang boleh mencetuskan konflik serantau yang lebih besar dan risiko yang dihadapi amat serius terhadap keselamatan tenaga, kestabilan global serta integriti undang-undang antarabangsa.

Anwar juga berkata sistem multilateralisme tidak akan mampu bertahan jika prinsipnya hanya ditegakkan apabila ia menguntungkan, justeru ASEAN perlu menjadi antara pihak yang mempertahankan peraturan walaupun pihak lain memilih untuk menjauhkan diri.

Mengimbas kembali permulaan ASEAN, Perdana Menteri mengingatkan para delegasi bahawa pembentukan blok serantau itu tidak terhasil daripada proses yang mudah sebaliknya menerusi usaha gigih membina kepercayaan dalam kalangan negara anggota dengan sejarah yang rumit.

“Namun kita berjaya mengekalkan keamanan dan memperluas kemakmuran dengan cara yang jarang mampu ditandingi oleh rantau lain. Kita berjaya melakukannya dengan memupuk kerjasama dan kesediaan untuk terus berunding, walaupun masa lalu penuh dengan cabaran dan masa kini penuh dengan ujian.”

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan ASEAN bukanlah kerana tiada ketegangan tetapi pada keupayaannya mengurus ketegangan itu secara membina.

“Kekuatan rantau kita bukan kerana tiada ketegangan tetapi kerana komitmen kita untuk menguruskannya secara saling menghormati, dialog berterusan dan kesepakatan serantau,” katanya.

Anwar turut menyatakan sokongan Malaysia terhadap penyertaan penuh Timor-Leste ke dalam ASEAN dan menyifatkan kemasukan negara itu, yang dijangka pada Oktober ini, sebagai satu detik bersejarah.

“Saya menggesa semua negara anggota agar terus menyokong laluan Timor-Leste ke arah integrasi penuh, bukan sahaja ke dalam institusi kita tetapi juga ke dalam visi bersama kita untuk masa depan rantau ini,” kata Perdana Menteri.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan, yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia bagi tahun 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ menyaksikan 24 mesyuarat pada peringkat menteri yang melibatkan Rakan Dialog ASEAN dan Rakan Dialog sektoral.

Mesyuarat peringkat tinggi yang berlangsung selama empat hari itu menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan termasuk Menteri-Menteri Luar ASEAN, Timor-Leste, Rakan Dialog ASEAN, Peserta Forum Serantau ASEAN (ARF), Rakan Dialog Sektoral serta para pegawai kanan Sekretariat ASEAN.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings