the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

14 penghuni penjara berpeluang beraya bersama keluarga pada Syawal ke-12

GEORGE TOWN: Suasana pada pagi Syawal ke-12 bagi penghuni Penjara Reman Pulau Pinang, dipenuhi perasaan sebak, teruja dan gembira dengan kehadiran ahli keluarga sempena Program Jalinan Kasih di sini, hari ini.

Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail berkata program itu bertujuan memberi peluang kepada 14 penghuni penjara yang terpilih untuk berjumpa dengan ahli keluarga mereka sempena Aidilfitri ini.

“Kita akan mengadakan program Jalinan Kasih ini bagi setiap musim perayaan, antaranya Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina.

“Diharapkan agar mak dan bapa yang hadir hari ini mengambil kesempatan menasihati penghuni penjara untuk beralih ke arah kebaikan apabila keluar dari penjara nanti,“ katanya kepada pemberita pada Program Jalinan Kasih di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 14 penghuni yang terpilih daripada keseluruhan 1,400 penghuni penjara, merupakan antara mereka yang menunjukkan sikap positif, berdisiplin dan kurang dikenakan tindakan tatatertib.

Tambahnya, program yang dilaksanakan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu, melibatkan tiga banduan akhir, tiga banduan reman, 70 ahli keluarga dan lain-lain.

Sementara itu, seorang penghuni penjara banduan tahun akhir yang dikenali sebagai Nasir, 40, berkata beliau bersyukur kerana dapat berjumpa dengan ahli keluarganya pada Aidilfitri ini.

“Saya berterima kasih kepada pihak penjara yang menganjurkan program ini kerana saya mampu berjumpa dengan anak-anak, ibu serta abang dan adik saya. Ini merupakan kali pertama saya memegang tangan ibu selepas dimasukkan ke penjara pada 2010.

“Jika saya berpeluang untuk keluar dari penjara ini, saya akan menjaga ibu saya sebaik mungkin kerana sebelum ini saya tidak melakukannya,“ katanya.

Seorang lagi penghuni penjara dikenali sebagai Azim, 27, berkata dia berasa sangat teruja untuk berjumpa dengan kesemua ahli keluarganya setelah lima tahun tidak bersua secara bersemuka.

“Saya berasa sungguh gembira untuk berjumpa dengan mereka kerana setelah sekian lama, saya mampu melepaskan rindu saya terhadap mereka.

“Saya ditangkap ketika berusia 22 tahun atas penyalahgunaan dadah. Tetapi kini saya bertekad untuk memulakan hidup baharu selepas menamatkan hukuman penjara selama 10 tahun ini nanti,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings