the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan masih ada ruang kawal perbelanjaan negara: Menteri Ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih ada ruang untuk mengawal perbelanjaan negara terutama perbelanjaan pembinaan supaya lebih berhemah dan lebih tepat dengan perancangan, secara tidak langsung membantu kerajaan daripada segi keperluan hasil yang lebih baik.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar) berkata sekiranya mampu mengawal perlaksanaan sesebuah projek yang diluluskan dengan baik dan memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan perbelanjaan yang telah diperuntukkan tanpa kenaikan kos dari setahun ke setahun, sudah tentu keperluan untuk kita berbelanja makin berkurangan.

“Bila keperluan itu kurang, projek berjalan baik dan tiada kelewatan, oleh kerana kita berada dalam kedudukan defisit perbelanjaan, kuranglah keperluan peruntukkan dan kurang berhutang.

“Justeru, bagi tempoh 12 ke 15 bulan ini, tiada keperluan untuk (pengenalan) cukai baharu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan sebagainya. Kita mengatur perlaksanaan projek dengan lebih baik…itu akan membantu menambah hasil kerajaan,“ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada acara HSBC Asian Business Forum di sini hari ini.

Selain itu, Rafizi berkata kerajaan harus melihat GST sebagai mekanisme pungutan cukai yang lebih baik bukan mekanisme untuk kerajaan mengutip cukai lebih banyak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings