the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai bank ditahan buat kad kredit guna maklumat pelanggan

IPOH: Polis menahan seorang pegawai bank tempatan semalam selepas disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM563,422 di Taiping, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Jan lepas.

“Pihak berkenaan telah kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan.

“Polis turut merampas satu telefon bimbit, 16 kad kredit milik pelanggan serta 15 keping simkad,” katanya dalam kenyataan.

Razlam berkata pegawai bank berkenaan direman empat hari hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings