the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tadbir urus yang baik untuk tingkat keyakinan pelabur, halang gondol kekayaan negara: Anwar

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperkasa usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur luar dengan mengamalkan tadbir urus yang baik, bebas rasuah dengan memastikan Malaysia bukan tempat untuk pemimpinnya menggondol kekayaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berkata ini memandangkan kerajaan telah mendapat senarai pelabur dari negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, China, India serta beberapa negara sekitar Asia yang akan datang dan melihat sendiri perkembangan di Malaysia khususnya dari aspek ekonomi.

“Kita harap ada tumpuan baharu yang boleh meningkatkan dan memacu pertumbuhan ekonomi lebih meyakinkan. Ini perlu kerana Malaysia adalah negara perdagangan yang selama ini mencatat kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan usaha kita menerima pelaburan domestik dan luar negara.

“Selain kestabilan politik dan tadbir urus yang baik, langkah lain yang harus diambil ialah dengan usaha mempercepat proses kelulusan dengan menjamin bahawa Malaysia ini bukan tempat pemimpin-pemimpin menggondol kekayaan, bukan mencari helah menerima komisen,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan malam ini.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran tegas tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana penjawat awam serta badan penguat kuasa yang didapati ‘cuai’ dalam menjalankan tugas dengan meneruskan ‘adegan lama’ mengutip habuan dan menetap kos tambahan.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang meroboh dan merosakkan negara selama ini. Saya mohon kerjasama kerana saya tahu sejumlah besar penjawat awam dan kelompok kecil ini mengerti dan faham, dan kelompok ini mesti dihapuskan.

“Mudah-mudahan ada keinsafan, jika tidak tindakan tegas dan keras harus diambil,“ kata beliau.

Anwar berkata beliau juga tidak mahu kepincangan politik terus berlarutan dan melihat kedudukan serta jawatan sebagai satu kesempatan untuk ‘memunggah’ kekayaan.

“Saya singgung serangan yang mengatakan seolah-olah kami dalam kerajaan terpalit dalam hal-hal sedemikian, saya nak sebut bahawa sikap kita jelas, badan penguatkuasaan diberikan sepenunnya untuk memantau,” katanya.

Anwar turut mengingatkan agensi kerajaan supaya mengamalkan budaya kesederhanaan dan mengelakkan pembaziran selain akan terus memantau semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk perbelanjaan mereka.

Selain itu, Perdana Menteri tidak mahu slogan ‘anjakan paradigma’ yang sering dilaung-laungkan tidak diterjemah dengan sebetulnya terutama dalam aspek pembangunan yang melibatkan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

“Kita akan dengan teruskan pembangunan tetapi jangan kita remehkan, jangan abai nasib dan kedudukan mereka di peringkat bawah, itu konsep pembangunan yang tertera dalam al-Quran, konsep pembangunan fizikal tidak boleh terlepas daripada nilai hidup, akhlak dan ketakwaan,” katanya.

Sementara itu, bagi menangani isu perkauman sempit dan agama yang menghukum tanpa berlandaskan fakta, Perdana Menteri berkata Kerajaan Perpaduan akan memperhebat aktiviti imarah, pengajian dan latihan di masjid-masjid bagi anak muda.

Beliau juga mahu ada peningkatan kefahaman agama dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam, bagi mengelakkan bibit-bibit Islamophobia yang tertanam sejak zaman penjajah, daripada mempengaruhi dan mengelirukan pemikiran masyarakat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Maritimo Appoints KJM Marine as Middle East and Indian Ocean Dealer

Maritimo has appointed KJM Marine as its exclusive dealer across the GCC and selected Middle East and Indian Ocean markets, expanding regional access to its Australian-built luxury motor yachts with dedicated sales, technical expertise and comprehensive after-sales support.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings