the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Feb: Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengesahkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) akan membentangkan Bajet 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Feb, 2023.

“Ya tarikh itu disahkan,” ujar ringkas seorang jurucakap Kementerian Kewangan kepada media semasa diminta mengesahkan perkara tersebut hari ini.

Beberapa media melaporkan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menyatakan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan pada 24 Feb depan kerana hanya mini belanjawan bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji dibentangkan sebelum ini.

“Secara keseluruhan, pembentangan belanjawan dan proses perbahasan termasuk urusan jawatankuasa dan dasar akan mengambil masa selama 21 hari,” beliau dipetik sebagai berkata dalam portal The Star Online lewat semalam.

Menurut portal rasmi Parlimen, mesyuarat pertama sesi kedua Parlimen ke-15 akan berlangsung dari 13 Feb hingga 30 Mac, 2023.

Pada 20 Dis lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Mini Bajet 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Akauntabiliti) 2022.

Pada 7 Ok, 2022, menteri kewangan pada masa itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang bernilai RM372.3 bilion, peruntukan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Tiga hari kemudiannya, pada 10 Okt, Parlimen dibubarkan bagi memberi ruang kepada pilihan raya ke-15 diadakan pada 19 Nov, 2022. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings