the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia – Ahmad Maslan

PONTIAN: Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata selain itu mereka juga turut menyuarakan hasrat agar lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan untuk memastikan kelangsungan hidup.

Menurutnya, golongan beliau itu juga berharap agar lebih banyak bantuan disediakan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta memberikan potongan cukai tertentu kepada syarikat agar mereka boleh menghulurkan sumbangan kepada kumpulan dan persatuan sukan.

“Kita ada team dari pasukan belanjawan yang hadir setiap dialog untuk catat dan merumuskan apa yang terbaik yang boleh dipakai dalam pembentangan belanjawan nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Tangki Air Baharu Benut, di sini, hari ini.

Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata apa yang menariknya pada tahun ini adalah terdapat dua kali pembentangan belanjawan.

“Kalau (permohonan pelbagai pihak ini) tidak masuk dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini, mungkin akan masuk dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober atau November depan,“ katanya.

Sebanyak 18 sesi dialog Belanjawan 2023 dianjurkan kerajaan di seluruh negara bermula Khamis lepas sehingga 10 Februari depan untuk mendapatkan maklum balas serta pandangan semua pihak berkepentingan sebelum intipati belanjawan dapat dirumuskan.

Sesi dialog itu disertai pelbagai pihak berkepentingan termasuk daripada agensi dan kementerian, syarikat, pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, mengenai projek pembinaan tangki air baharu Benut 4 yang siap dibina pada November tahun lepas, Ahmad berkata, ia dijangka dapat menampung keperluan kira-kira 20,000 penduduk bagi mendapatkan bekalan air terawat terutamanya pada musim perayaan dan juga ketika mengalami gangguan bekalan air.

Beliau berkata tangki air yang mula dibina pada tahun 2020 itu yang menelan belanja sebanyak RM13 juta mempunyai kapasiti sebanyak 4.5 juta liter air sehari (MLD).

Menurutnya, satu lagi projek yang sedang dibina di Pontian ialah Tangki Air Baharu Parit Haji Ariff yang sudah bermula tahun lepas dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2024. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings