the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM & IHH Healthcare Malaysia tandatangani MOU rawatan kanser percuma untuk 500 pesakit

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dan IHH Healthcare Malaysia mengukuhkan kerjasama awam-swasta dengan menandatangani memorandum persefahaman (MOU) ketiga bagi meningkatkan akses rawatan kanser canggih.

Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada 500 pesakit tambahan menerima rawatan radioterapi dan radiosurgeri percuma.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerjasama ini melibatkan lapan hospital IHH termasuk Island Hospital di Pulau Pinang yang dilengkapi teknologi Gamma Knife dan LINAC.

“Ini membolehkan rawatan tepat untuk tumor di kawasan sensitif,“ jelasnya selepas majlis penandatanganan MOU.

MoU ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Suriani Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia Jean-François Naa.

Sejak 2022, kerjasama ini telah membantu 1,000 pesakit kanser di seluruh negara.

“Kerjasama ini merapatkan jurang untuk golongan kurang berkemampuan, selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Liputan Kesihatan Sejagat (UHC).

Rawatan kanser bukan keistimewaan, tetapi hak asasi,“ tegas Dzulkefly.

Menurut Registri Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR), lebih 165,000 kes baharu dicatatkan dari 2020 hingga 2024, dengan kanser payudara, kolorektal, dan paru-paru antara yang paling kerap.

“Lebih membimbangkan, 60 peratus kes dikesan di peringkat akhir, menyukarkan rawatan,“ ujarnya.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, MOU ini merangkumi rawatan tumor otak, metastasis otak, kanser kepala-leher, dan lain-lain seperti paru-paru, payudara, serta limfa.

Inisiatif ini selari dengan Pelan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Kanser yang menekankan pengesanan awal dan rawatan efektif. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings