the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bangladesh: Projek terowong bawah permukaan air pertama di Asia Selatan sudah separa siap

CHITTAGONG(Bangladesh): Pembinaan terowong di bawah permukaan air di Bangladesh berjalan lancar apabila pembinaannya kini sudah separa siap, lapor Xinhua.

Terowong Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, terowong pertama Asia Selatan yang dibina di bawah permukaan air itu terletak di muara Sungai Kanapuri di bandar Chittagong, menghubungkan tebing timur dan barat Sungai Kanapuri.

Dibina syarikat China Communication Construction Co Ltd, terowong sepanjang 9.3 kilometer (km) dengan kelajuan reka bentuk 80 km sejam itu mendapat sokongan Bank Eksport-Import China.

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina pada Sabtu menyertai majlis penghargaan secara maya dari kediaman rasminya Ganabhaban di Dhaka sebagai menghargai usaha pihak yang terlibat dalam pembinaan projek itu.

Duta China ke Bangladesh Li Jiming berkata terowong ini akan mengoptimumkan pengangkutan tempatan dengan ketara serta memudahkan kesalinghubungan antara Bangladesh dan negara jiran.

Beliau berkata ini juga menunjukkan peranan penting Bangladesh dalam kesalinghubungan serantau, dan hab antara negara yang menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings