the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki warga Yemen didakwa edar dadah jenis kanabis lebih 200kg

SEPANG: Seorang lelaki warga Yemen berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis lebih 200 kilogram (kg).

Tertuduh, Abdul Aziz Musaed Ahmed, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengedar dadah disyaki jenis kanabis dengan anggaran berat 231 gram (g), manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedar dadah jenis yang sama dengan anggaran berat 1.879kg dan pertuduhan ketiga pula dia didakwa telah mengedar dadah disyaki jenis yang sama dengan anggaran berat 219.15kg.

Abdul Aziz yang juga penganggur didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah apartmen di Puchong dekat sini pada kira-kira 10.10 malam pada 15 Jan lepas.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati hendaklah dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan.

Di mahkamah yang sama, Abdul Aziz turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 atas kesalahan memasukkan dadah berbahaya jenis amphetamine, methamphetamine dan THC ke dalam diri sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, pada kira-kira 9 pagi 16 Jan lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama.

Di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, dia boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, manakala hukuman di bawah Seksyen 38B ADB 1952 pula, hendaklah serta-merta selepas menjalani hukuman yang dikenakan, menjalani perintah pengawasan oleh pegawai polis bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat manakala tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 8 Mei depan untuk penyerahan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dadah jenis ganja seberat 221.26kg bernilai anggaran RM663,798 yang dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings