the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak tarik pelancong, pelabur ke Ipoh yang disenarai 18 tempat paling ‘underrated’

IPOH: Kerajaan Perak berusaha mempergiatkan promosi bagi menarik seramai mungkin pelancong dan pelabur ke Ipoh lebih-lebih lagi selepas bandar raya itu diletakkan di tempat pertama dalam senarai 18 of Asia’s Most Underrated Places oleh portal CNN Travel.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching berkata pihaknya akan memanfaatkan pelbagai platform untuk memperkenalkan Ipoh supaya lebih ramai berpeluang mengunjungi dan mengalami sendiri keistimewaan bandar raya ini.

“Ipoh memang selama ini dikenali dari segi sejarah, daya tarikan, makanan dan suasana yang tersendiri.

“Usaha juga akan dipertingkatkan untuk menambah baik kemudahan infrastruktur dan mempelbagaikan destinasi pelancongan sebagai persediaan menerima lebih ramai pengunjung dalam masa akan datang,“ katanya kepada Bernama.

Senarai 18 tempat paling underrated itu sekali gus memberi pendedahan dan penghormatan kepada setiap destinasi berkenaan yang disifatkan memiliki nilai pelancongan yang bagus tetapi masih kurang mendapat perhatian sewajarnya.

Baru-baru ini, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dilaporkan berkata Ipoh disenaraikan di tangga pertama sebagai tempat menarik paling kurang dinilai di Asia oleh portal CNN Travel.

Beliau dilaporkan berkata penilaian itu amat bermakna dan diterjemahkan sebagai pengiktirafan, di samping dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023.

Ipoh dan Petaling Jaya dilaporkan dalam senarai dua kawasan di negara ini dengan jumlah carian tertinggi oleh rakyat Malaysia yang sedang mencari hartanah kediaman untuk dijual di laman web iProperty.com.my, antara Januari hingga November.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings