the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Haiwan mati diracun di Bukit Bendera, siasatan sedang dijalankan

GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengesahkan terdapat beberapa kes haiwan mati akibat diracun di kawasan Bukit Bendera.

Kejadian ini melibatkan anjing, kucing, dan burung yang dipercayai termakan makanan beracun.

PBBPP dalam kenyataan rasmi di Facebook menegaskan bahawa tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan boleh mengancam ekosistem serta keselamatan awam.

“Menggunakan racun untuk menghapuskan haiwan terbiar tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan dan boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan penjara sehingga 3 tahun dan, atau dengan denda,“ menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi PBBPP melalui e-mel [inquiries@penanghill.gov.my](mailto:inquiries@penanghill.gov.my).

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology to host live investor webinar and Q&A on January 28

Gorilla Technology will host a live investor webinar on January 28, where its leadership team will discuss recent milestones, strategy and growth outlook, followed by a Q&A session with investors.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories