the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan bekalan air di 472 kawasan di Selangor ekoran pencemaran bau

KUALA LUMPUR: Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7 pagi tadi berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam hantaran menerusi Facebook rasminya hari ini memaklumkan lokasi yang terlibat ialah 172 kawasan di sekitar Petaling, 54 kawasan di Hulu Langat, 196 di Sepang, 23 di Putrajaya dan 27 di Kuala Langat.

Menurut Air Selangor, pemberhentian tugas itu adalah ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir di kedua-dua LRA berkenaan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor melalui talian 15300 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pengguna juga boleh mengajukan pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre Air Selangor yang boleh dicapai melalui laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings