the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja 17 tahun lemas, seorang lagi hilang di Pantai Batu Layar

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki lemas manakala seorang rakannya masih hilang selepas mandi-manda di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 1.25 tengah hari.

Beliau berkata makluman awal mendapati kedua-dua mangsa datang ke pantai itu bersama empat rakan lain menaiki motosikal dari Kluang dan kehadiran mereka di situ diketahui oleh ibu bapa masing-masing.

“Orang awam yang berada di lokasi kejadian telah membantu menyelamatkan mangsa pertama iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun namun dia disahkan telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Hussin berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi remaja lelaki berusia 16 tahun yang masih hilang telah dihentikan sementara pada 7.30 malam susulan cuaca gelap dan laut dijangka bergelora akibat angin kencang pada sebelah malam.

“Operasi akan disambung semula pada 8 pagi esok,” katanya sambil menambah operasi mencari dan menyelamat itu turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengunjungi kawasan pantai bagi tujuan rekreasi air supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Ibu bapa serta penjaga yang membawa kanak-kanak juga dinasihatkan mengambil langkah sewajarnya agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings