the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguh, bersambung pagi esok – Polis

BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keenam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini ditangguhkan kira-kira 10 malam ini dan akan bersambung semula pada 8 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata, penangguhan operasi itu dibuat atas faktor keselamatan selain faktor cuaca.

“Ya, stand down pada malam ini dan bersambung esok pada 8 pagi,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama setakat 10.20 malam di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK) mendapati pengamal media beransur pulang secara berperingkat.

Operasi pencarian yang memasuki hari keenam hari ini berjaya menemukan satu mayat lelaki dewasa pada 11.16 pagi tadi di sektor B (kem Farmview).

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings