the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MYAirline berikrar untuk kekalkan prestasi operasi tepat pada masanya

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd, komited untuk terus memberikan prestasi tepat masa (OTP) yang sihat dalam operasinya, memandangkan permintaan terpendam pasca Covid-19 dan musim perayaan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Rayner Teo .

Beroperasi dalam industri yang dikawal, beliau berkata MYAirline sejak hari pertama operasinya pada 1 Disember 2022 sentiasa menekankan penyediaan kualiti yang tiada tandingan daripada segi keselamatan dan kebolehpercayaan termasuk berada dalam kedudukan terbaik dalam kelasnya untuk OTP dan pengalaman pelanggan untuk semua penumpang.

“Saya gembira untuk berkongsi bahawa kami telah mencapai 100 peratus OTP untuk beberapa kali dan kami dapat mengekalkan OTP yang sihat sehingga kini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Teo berkata demikian bagi mengulas terhadap komen Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada hari Jumaat yang menggesa syarikat penerbangan untuk memberi tumpuan kepada operasi mereka bagi mengurangkan kelewatan penerbangan.

Bagaimanapun, beliau berkata wujud beberapa cabaran di luar kawalan seperti cuaca buruk dan kesesakan lalu lintas pesawat yang dihadapi oleh industri penerbangan dalam mengekalkan OTP yang sihat.

“Saya percaya penumpang akan memahami situasi ini, antara cabaran lain ialah beratur panjang ketika melalui proses pelepasan Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sabah dan Sarawak, aerobridge dan ketersediaan tempat letak kereta.

Beliau berkata MYAirline mahu menyelesaikan isu-isu ini dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan menggesa Kementerian Pengangkutan mengkaji semula perkara tersebut untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti industri penerbangan Malaysia.

Sementara itu, syarikat penerbangan itu telah melancarkan laluan penerbangan terbaharunya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tawau.

Penerbangan pertama Z9 8903 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 6 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 8.55 pagi hari ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata laluan baharu itu merupakan penerbangan kedua ke Sabah, menawarkan penerbangan satu kali dalam sehari dan merekodkan faktor muatan melebihi 90 peratus.

“Dengan reputasi tepat masa MYAirline yang berkembang pesat dan pengalaman penumpang yang positif, pengembara boleh menjangkakan perjalanan yang selesa dan menggembirakan di laluan baharu ini dengan pesawat Airbus A320-200,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings