the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Chris Hipkins disebut-sebut sebagai PM baharu New Zealand

ANKARA: Menteri Pendidikan New Zealand Chris Hipkins (gambar) disebut-sebut sebagai calon pengganti Jacinda Ardern yang meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, lapor Agensi Anadolu Agency memetik media tempatan pada Sabtu.

Parti Buruh dijangka mengesahkan pencalonan Hipkins pada Ahad memandangkan beliau calon tunggal untuk jawatan itu, menurut Radio New Zealand (RNZ).

Sepanjang berkhidmat dalam Kabinet Arden, Hipkins, 44, pernah berkhidmat sebagai menteri pendidikan, polis, kesihatan awam dan menteri yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan tindak balas Covid-19.

Beliau juga merupakan ketua dewan Parti Buruh di parlimen.

“Dengan rasa rendah hati dan saya amat menghargainya. Namun masih ada beberapa lagi proses perlu dilalui. Mesyuarat akan diadakan esok untuk pengundian rasmi. Saya tidak mahu terlalu menaruh harapan,” kata Hipkins.

Hipkins akan berkhidmat sebagai perdana menteri baharu untuk kira-kira lapan bulan memandangkan pilihan raya umum dijadual diadakan pada Oktober.

Pada Khamis, Jacinda Ardern membuat kejutan apabila mengumumkan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri berkuat kuasa 7 Feb dan New Zealand bakal mengadakan pilihan raya umum pada 14 Okt tahun ini.

Ardern, 42, turut mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding semula. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings