the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN digesa kaji semula pemeriksaan imigresen di terminal feri kenderaan Labuan

LABUAN: Kementerian Dalam Negeri digesa supaya mengkaji semula pelaksanaan pemeriksaan imigresen di terminal feri kenderaan Labuan yang bermula sejak 1 Nov lepas.

Setiausaha PKR Sabah Simsudin Sidek yang membuat gesaan itu berkata, pemeriksaan imigresen itu dilihat tidak selari dengan perjanjian berkaitan penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan, dan pelaksanaannya banyak menimbulkan rasa ‘tidak selesa’ dalam kalangan penduduk Sabah serta Labuan yang sering berulang-alik antara tanah besar dan pulau Labuan.

“Kita lihat tidak ada keperluan untuk warga Sabah dan Labuan menjalani pemeriksaan imigresen, berdasarkan perjanjian itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

“Yang memerlukan pemeriksaan imigresen adalah kepada mereka yang bukan berasal dari Sabah seperti mereka yang tiba dari Semenanjung Malaysia. Seharusnya ada laluan khas kepada warga Sabah dan Labuan yang melalui terminal feri berkenaan,” tambahnya.

Simsudin yang juga ketua bahagian PKR Labuan berkata pelaksanaan pemeriksaan imigresen yang masih belum lancar dan tidak sistematik itu mengakibatkan barisan panjang kenderaan dan kesesakan di Jalan Merdeka setiap hari.

“Keadaan lebih teruk adalah di terminal feri Menumbok yang menyaksikan mereka yang bekeluarga, dengan anak-anak kecil serta ibu bapa yang sudah tua terpaksa berbaris sejam lamanya bagi pemeriksaan imigresen untuk pulang ke Labuan. Kenapa perlu ada pemeriksaan imigresen sempadan kepada warga tempatan kembali ke kampung halaman sendiri,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu satu memorandum akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri tidak lama lagi agar menterinya Datuk Seri Saifudin Nasution melihat semula pelaksanaan pemeriksaan itu, dan memorandum berkenaan akan turut melampirkan halaman salinan perjanjian berkaitan penyerahan Labuan itu agar Menteri berkenaan dapat membuat penilaian semula.

“Hasil dapatan di Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan, kita dapati dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan, dalam penyerahan Labuan kepada Wilayah Persekutuan, perkara satu adalah; Rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah yang bermastautin dalam Negeri Sabah dan di Labuan boleh berulang-alik secara bebas menyeberangi kedu-dua sempadan,” kata Simsudin.

“Perjanjian ini harus dihormati demi kepentingan kesejahteraan warga tempatan,” tambahnya.

Kementerian Dalam Negeri pada 10 Sept lepas mengarahkan Jabatan Imigresen menguatkuasakan kawalan yang ketat di dua terminal di Labuan, terutama bagi pelancong bukan rakyat Sabah yang menuju ke tanah besar Sabah.

Bekas Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kawalan ketat itu bagi memastikan tidak akan ada aliran bebas pelancong di pintu utama terminal feri ke Sabah melalui jeti Tanjung Pagar Sipitang, Menumbok dan Jesselton.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings