the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
29.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Maybank tawar cuti berbayar kepada pekerjanya yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawan

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menawarkan warga kerjanya pilihan cuti berbayar selama sebulan setiap tahun untuk meneruskan inisiatif kemampanan dan kesukarelawanan jangka panjang.

Maybank dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata ia adalah sebahagian daripada usaha bank itu dalam memberi galakan kepada pekerjanya melibatkan diri dalam aktiviti yang diterajui kelestarian dan pada masa sama menggalakkan pemikiran mampan dalam kalangan warga kerja Maybank.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora Abd Manaf berkata bagi terus menggalakkan dan memperkasakan warga Maybank, dasar tersebut membenarkan mereka menjadi sukarelawan di tempat, pilihan dan masa atas pilihan mereka sendiri.

Selain itu, kakitangan bank itu diberi pilihan 1+1, di mana tambahan sebulan lagi boleh digunakan setelah mendapat kelulusan oleh pihak pengurusan yang berkaitan.

Maybank komited untuk mencapai satu juta jam setahun bagi kemampanan dan menyampaikan seribu hasil penting berkaitan matlamat pembangunan mampan (SDG) menjelang 2025.

Setakat 30 September 2022, kakitangan Maybank telah melepasi sasaran tahunan dengan mencatatkan 1.09 jam kemampanan, kira-kira 56 peratus daripada jumlah jam diluangkan untuk aktiviti yang menyumbang secara langsung kepada komitmen kemampanan jangka panjang kumpulan tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings