the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Teka-teki pembentukan kerajaan baharu jadi tumpuan di media social

KUALA LUMPUR: Perkembangan politik negara ketika ini terus menjadi tumpuan warganet apabila rata-rata mereka turut sama berteka-teki mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan baharu yang akan mentadbir negara.

Perbualan mereka yang mengikuti rapat perkara itu khususnya di media sosial menjurus kepada teka-teki gabungan parti politik yang akan memerintah negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Platform media sosial hari ini dibanjiri dengan kata kunci ‘PH-BN’, ‘Anwar’, ‘Zahid’, ‘DSAI’ dan ‘Seri Pacific’ yang sohor kini di laman Twitter susulan pertemuan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini.

Ada dalam kalangan warganet juga mula mencadangkan nama gabungan baharu bagi kedua-dua gabungan itu antaranya ‘Pakatan Nasional’ dan ‘Harapan National’, selain turut mencipta bendera baharu untuk gabungan itu.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang hari ini.

Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah hari ini memperkenan tempoh berkenaan dilanjutkan hingga 2 petang esok susulan permohonan ketua parti politik dan gabungan parti politik yang diterima Istana Negara hari ini.

PRU15, yang paling sengit pernah dihadapi negara berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

PRU15 pada Sabtu lepas menyaksikan PH memenangi 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas turut menang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings