the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

M’sia di landasan betul dalam mencegah gejala rasuah: MCW

JAKARTA: Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencegah perbuatan korupsi bagi membentuk masyarakat bebas rasuah sepanjang lima tahun lalu, menurut Malaysia Corruption Watch (MCW).

Presidennya Jais Abdul Karim berkata pelbagai siasatan, tangkapan dan pendakwaan telah dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk mengekang kesalahan rasuah.

“Setakat lima tahun ini kami dapati bahawa Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia,” katanya kepada media selepas melawat Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, di Jakarta Selatan hari ini.

Badan bukan kerajaan itu menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tindakan tegas terhadap pesalah rasuah demi memastikan Malaysia semakin dikenali sebagai negara yang berintegriti dan bermoral.

“Harapan MCW, kerajaan hari ini akan melakukan yang terbaik demi masa depan rakyat dan negara,“ kata Jais, sambil menambah pendekatan menghapuskan rasuah mengembalikan keyakinan pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pengasas MCW itu juga berharap ahli politik tidak mengganggu-gugat siasatan SPRM sebaliknya memberi sokongan dan maklumat yang diperlukan berhubung kes-kes terkini.

Beliau percaya SPRM sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan siasatan segera diselesaikan supaya ahli politik boleh fokus kepada tugas mereka di Parlimen.

“Rakyat tidak mampu lagi untuk berdepan dengan politik sepanjang masa. Kita harus fokus kepada pembinaan negara. Kes rasuah melibatkan ahli politik perlu ditamatkan segera,” katanya.

Jais berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan SPRM berhubung dana pengurusan Covid-19 berjumlah RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021.

Beliau dan 24 ahli terdiri daripada golongan profesional dan akademik tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan tiga hari sempena Hari Antirasuah Antarabangsa, setelah kali terakhir berkunjung pada 2017.

Selain bertemu dengan Indonesia Corruption Watch, mereka turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia, Adlan Mohd Shaffieq.

Lawatan itu bertujuan bertukar-tukar pandangan, belajar dan menilai program terkini yang dilaksanakan agensi membanteras rasuah di Indonesia untuk dikemukakan kepada SPRM dan kerajaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings