the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15: Warisan sokong kerajaan Persekutuan beri kestabilan negara – Mohd Shafie

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) akan menyokong pembentukan kerajaan Persekutuan yang mampu memberi kestabilan kepada negara dan menjaga kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tanpa menamakan mana-mana pemimpin atau parti, beliau berkata Warisan telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin politik, yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama dan parti itu sedang menimbangnya dengan sebaik mungkin.

“Apa yang penting kepada kita kestabilan negara, kepentingan (negeri-negeri) Borneo untuk rakyat, walaupun jumlah (kerusi Parlimen Warisan) kecil, namun ia mampu menambah kestabilan kepada politik di negara ini dan sesiapa yang mahu bentuk kerajaan Persekutuan perlukan sokongan ini.

“Sesiapa sahaja yang mahukan kerjasama kita, perlu menimbang apa yang menjadi ‘fundamental’ kepada perjuangan kita (termasuk) kepentingan rakyat, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan juga ‘survival’ Warisan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Kolombong di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Warisan yang bertanding di 52 kerusi Parlimen seluruh negara memenangi tiga kerusi Parlimen dengan Mohd Shafie sendiri mempertahankan Parlimen Semporna, Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) dan Datuk Mohamad Yusof Apdal (Lahad Datu).

Mengulas mengenai keputusan PRU15, Mohd Shafie berkata ia merupakan sebuah keputusan daripada rakyat Malaysia sendiri seiring amalan demokrasi serta hak rakyat dan Warisan menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Kita tidak boleh menindakkan keputusan ini, kerana rakyat menjalankan tanggungjawab mereka memilih siapa mereka kehendaki, ada tsunami pengundian berlaku sehingga Warisan hilang kerusi (Parlimen) di kawasan boleh dipertahankan, tetapi kita terima baik dan hormati keputusan rakyat,” katanya.

Ditanya tentang perancangan Warisan selepas ini, beliau berkata sudah sememangnya parti itu mahu mengukuhkan kedudukan di Sabah, namun dalam masa sama tidak akan sama sekali mengabaikan apa yang telah parti itu bina di Semenanjung.

“Kita sudah ada struktur dan beberapa kawasan terima ribuan undi, kita tidak boleh katakan tiada langsung penerimaan rakyat Semenanjung kepada Warisan, mungkin rasa terlalu awal untuk kita peroleh kemenangan, proses ini ambil masa untuk kenali Warisan, calon, manifesto dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata selain peringkat kerajaan Persekutuan, Warisan yang mempunyai 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan satu kerusi DUN di Selangor masih perlu memainkan peranan di peringkat negeri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings