the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Enam jalan menghubungkan Terengganu-Kelantan ditutup

KUALA TERENGGANU: Sebanyak enam jalan di daerah Setiu yang menghubungkan Terengganu dan Kelantan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan buat masa ini, berikutan banjir yang sedang melanda negeri Pantai Timur.

Polis Terengganu dalam kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang ditutup sepenuhnya adalah Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (berhampiran Petronas Permaisuri di Kampung Balik Bukit); Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (di lampu isyarat Guntong); dan Jalan Guntong-Kampung Saujana (di Kampung Guntong Dalam).

“Jalan yang turut terputus untuk kenderaan berat dan ringan adalah Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (di Kampung Buluh); Jalan Permaisuri-Kampung Hulu Seladang (di Kampung Besut); dan Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja (berdekatan Bulatan Che Selamah di Jalan Pantai),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Sdn Bhd dalam kenyataan di Facebook rasmi hari ini memaklumkan berikutan laluan terhalang di KM393.4 antara laluan Bukit Besi ke Ajil yang ditutup ekoran cerun runtuh, pemandu dari Kuala Lumpur yang menghala ke Kuala Terengganu dinasihatkan keluar di Plaza Tol Dungun (Mandatori Exit) dan mereka dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Pantai (FT03).

“Walau bagaimanapun, perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan dan Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya LPT2 masih boleh dilalui oleh semua kenderaan seperti biasa,” menurut kenyataan itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bracell welcomes Fernando Branco’s appointment to lead ABAF and reinforces commitment to sustainable forestry...

Bracell has welcomed Fernando Branco's appointment as ABAF president, reaffirming its commitment to sustainable forestry, responsible governance and environmental stewardship while supporting collaboration, biodiversity conservation and long-term development of Bahia's forestry sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings