the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis siasat tembakan di R&R Gelang Patah, mayat ditinggalkan di HSA

JOHOR BAHRU: Polis sedang menyiasat insiden tembakan di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mayat lelaki yang ditinggalkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata mayat dengan kesan tembakan itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, kira-kira 1.40 pagi sebelum semakan padanan cap jari mendapati mangsa berumur 42 tahun dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan hospital berkenaan mendapati mangsa telah ditinggalkan oleh dua individu menaiki kereta berwarna gelap yang sedang dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan mengesahkan punca kematian mangsa yang mempunyai empat rekod jenayah lampau akibat beberapa kesan tembakan di dada dan perut.

Beliau berkata terdahulu pada 12.12 tengah malam semalam, telah berlaku insiden serangan dipercayai bermotifkan samun di kawasan stesen minyak berkenaan melibatkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang yang telah menyerang kumpulan lelaki lain bersenjatakan pistol, hingga menyebabkan tembakan dilepaskan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah menahan tiga suspek, iaitu dua lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia 30 hingga 40 tahun di kawasan Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira 7 malam hari yang sama.

“Kita turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19, buku lesen pemilikan senjata dan peluru, kelopak peluru berisi enam butir peluru bersaiz 9 milimeter, sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam serta beberapa kelongsong peluru,“ katanya.

Kumar berkata seorang daripada suspek yang ditahan bekerja sebagai pengawal peribadi dan siasatan awal mendapati individu berkenaan memiliki lesen pemilikan senjata, namun siasatan lanjut berhubung status pemilikan senjata itu sedang dijalankan.

“Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kaitan mangsa dan suspek yang terlibat dengan kedua-dua insiden berkenaan. Kita juga sedang mengesan suspek lain yang masih bebas,” katanya.

Beliau berkata insiden yang berlaku merupakan kes terpencil dan sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan ke talian Hotline Polis Johor di 019-2792095 atau Bilik Gerakan di 07-2212999. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings