the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis terima laporan kes tular lelaki dera wanita di Kajang

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perbuatan seorang lelaki dipercayai suami tular di media sosial apabila mendera seorang wanita di sebuah rumah di sekitar Kajang, baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung video yang tular itu.

“Ketika ini, kami sedang mengambil tindakan berhubung kes terbabit,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam, dalam video berdurasi satu minit tujuh saat yang tular di aplikasi Tiktok itu menunjukkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa diheret dan ditendang di bahagian muka serta badan berkali-kali.

Laporan media sosial menyatakan dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan juga kelihatan menangis sambil menangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings