the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MBI arah pengusaha pelancongan di kawasan berisiko henti operasi

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta semua pengusaha pelancongan di kawasan berisiko tanah runtuh dan kepala air di bandar raya ini untuk menghentikan operasi buat sementara waktu.

Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin berkata notis pemakluman akan dihantar kepada semua pengusaha pada 19 Dis (Isnin) ini bagi memastikan arahan itu dipatuhi.

“Untuk makluman kita sebenarnya telah tutup dua kawasan yang dilihat berisiko berlaku kejadian ini (tanah runtuh, kepala air) iaitu di Kledang Saiong Forest Eco Park, Meru serta Bukit Bangkong, Chemor sejak awal November lalu.

“Kita ambil tindakan ini juga selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Mineral dan Geosains iaitu mereka memaklumkan bahawa tanah di kawasan itu agak lembut disebabkan kadar hujan yang agak tinggi serta boleh mengundang risiko kepada pengunjung,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Pusingan Akhir Battle Of The Buskers di Lorong Seni@Lorong Panglima di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi berhampiran tanah tinggi dan sungai di seluruh negara dikosongkan segera.

Hal itu susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, awal pagi semalam yang telah mengorbankan 21 nyawa daripada keseluruhan 94 mangsa.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata pihaknya dalam proses permohonan kepada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi mengiktiraf bandar raya Ipoh sebagai salah satu lokasi bandar kreatif di dunia berasaskan tema muzik.

Katanya permohonan berkenaan perlu dihantar sebelum 30 Jun tahun depan dan buat masa ini pihaknya sedang menyiapkan beberapa dokumentasi sepertimana dikehendaki UNESCO.

“Kalau ada rezeki, pada November tahun depan kita akan dapat pengiktirafan namun ia perlu mengambil kira pelbagai faktor yang merangkumi pembangunan infrastruktur, masyarakat dan sebagainya,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings