the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan M’sia-China bertambah erat, disokong hubungan diplomatik yang kukuh

KUALA LUMPUR: Hubungan antara Malaysia dan China kini bertambah erat disokong oleh hubungan diplomatik yang kukuh antara kedua-dua negara (G to G) serta penglibatan aktif sektor swasta, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (gambar).

Menteri itu berkata Kuala Lumpur-Beijing telah menjalin hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974 dan bersetuju untuk meningkatkan hubungan menerusi Kerjasama Strategik pada 2004 dan seterusnya dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) pada 2013.

“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 peningkatan hubungan dua hala Malaysia dan China kepada CSP.

“Dalam hal ini, kami berharap dapat menjalin kerjasama erat dengan China dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala kami,” katanya dalam ucapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023 yang dihoskan Kedutaan China di Malaysia di sini malam Isnin.

Dr Zambry berkata Malaysia mengharapkan penglibatan yang lebih konstruktif dalam mempromosi dan meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat untuk faedah kedua-dua negara.

Sementara itu, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dalam ucapannya berkata China dan Malaysia menikmati hubungan ekonomi yang kukuh, dan jumlah perdagangan pada 2022 mencatat keuntungan sebanyak US$203.6 bilion, meningkat 15.6 peratus pada tahun ke tahun.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah jumlah itu melepasi US$200 bilion,” katanya.

Beliau berkata bahawa ulang tahun ke-10 penubuhan CSP China dan Malaysia melakar sejarah baharu, justeru kedua-dua pihak kini bersedia untuk membina komuniti China-Malaysia dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Majlis resepsi itu dihadiri beberapa menteri Kabinet dan tetamu kenamaan termasuk Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings