the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Paip gas terbakar di Lawas: JKR beri kerjasama bantu siasatan

MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membantu siasatan insiden kebakaran saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) Petronas di kawasan Berikau, Lawas semalam.

JKR Sarawak menerusi satu kenyataan hari ini juga mengesahkan insiden kebakaran semalam berlaku berdekatan laluan pembinaan projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR).

“Punca sebenar insiden kebakaran itu masih dalam siasatan.

“Pihak kontraktor telah segera diarahkan untuk memberhentikan kesemua kerja-kerja site clearing dan kerja-kerja tanah sementara siasatan dilakukan,” menurut kenyataan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan seorang maut manakala dua lagi cedera dalam insiden yang berlaku pada lewat tengah hari semalam.

Petronas dalam satu kenyataan semalam memaklumkan insiden kebakaran melibatkan saluran SSGP Petronas itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja dijalankan pihak ketiga berdekatan kawasan berkenaan.

Menurut Petronas, kerja-kerja yang dijalankan pihak ketiga itu juga tiada kaitan dengan operasi saluran paip tersebut dan satu laporan polis telah dibuat mengenai insiden terbabit. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings