the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengguna jalan raya di Gua Musang gusar cerun ditutupi plastik kanvas reput

GUA MUSANG: Rata-rata pengguna jalan raya di laluan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kem Semur, di sini berasa gusar dan bimbang melihat plastik kanvas yang menutupi cerun di bahagian kiri dan kanan jalan itu telah reput.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati cerun tersebut adalah sebahagian dari kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang dijalankan oleh syarikat kontraktor yang dilantik bagi membangunkan projek berkenaan.

Pengguna jalan raya, Ammar Ezani Ahmad, 27, berkata jalan tersebut merupakan laluan utama beliau untuk ke tempat kerjanya di Bandar Utama, di sini.

“Kalau boleh saya mahu elak dari guna laluan itu kerana setiap kali melalui kawasan tersebut saya akan berasa takut dan ingin memecut laju untuk melepasi kawasan itu dengan cepat.

“Saya tidak dapat bayangkan sekiranya tanah atas bukit itu runtuh dan kena pada jalan raya ketika pengguna sedang melaluinya,“ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nur Shahirah Ismail, 36, pula mendakwa plastik kanvas yang digunakan sejak setahun lalu untuk menutup cerun telah reput dan ia berisiko berlaku runtuhan pada bila-bila masa.

“Memang risau bila melihatkan keadaan cerun bukan sahaja di kedua-dua belah jalan dengan penutup yang lama dan reput malah keadaan cuaca yang tidak menentu membuatkan kita risau untuk melalui jalan tersebut.

“Saya mohon pihak bertanggungjawab menyelia projek ini dengan sebaik mungkin dan peka tentang isu yang melibatkan keselamatan orang ramai,“ katanya.

Sementara itu, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan Gua Musang Zaharizam Johny berkata pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan diutamakan dan notis penutupan tanah yang terdedah telah dikeluarkan kepada pembangun tersebut.

“Khidmat nasihat tentang aspek keselamatan dan pengurusan cerun sudah diberikan kepada pihak kontrator, malah kontraktor juga sudah mempunyai penasihat Alam Sekitar yang bertauliah untuk mengawal selia projek pembinaan terbabit,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings