the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Kesihatan Vietnam beri amaran mengenai risiko penularan Covid-19

HANOI: Kementerian Kesihatan (MoH) Vietnam memberi amaran tentang potensi risiko penularan semula wabak Covid-19 susulan kemunculan varian baharu.

Wabak Covid-19 bagaimanapun masih terkawal, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kementerian itu.

Vietnam tidak merekodkan sebarang kematian berkaitan Covid-19 sejak dua minggu berturut-turut. Antara pesakit kritikal yang dirawat pula, tiada kes yang memerlukan bantuan alat penafasan.

Kementerian itu berkata dokumen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan subvarian XBB.1.5 Omicron yang ditemui baru-baru ini di Amerika Syarikat (AS), adalah punca peningkatan jangkitan Covid-19 di AS.

Subvarian ini telah dikesan di Eropah, Australia dan sebahagian kawasan Asia Tenggara.

Ketua Perwakilan WHO di Vietnam, Angela Pratt berkata langkah diagnostik dan perlindungan semasa masih kekal, termasuk vaksin Covid-19 yang diluluskan WHO.

MoH meminta pihak berkuasa berkaitan supaya meningkatkan pengawasan di pintu sempadan, kawasan awam dan premis perubatan bagi mengesan dan segera mengurus kes yang disyaki, terutama yang masuk dari kawasan yang merekodkan wabak Covid-19 selain kemunculan varian baharu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings