the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemboja sambut ulang tahun ke-30 inskripsi Angkor Wat sebagai Tapak Warisan Dunia

SIEM REAP (Kemboja): Kemboja pada Rabu menganjurkan acara sempena ulang tahun ke-30 inskripsi Taman Arkeologi Angkor dalam senarai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), lapor Xinhua.

Bercakap kepada ratusan peserta pada majlis “Angkor Thanksgiving” yang dirancang berlangsung tiga hari, Timbalan Perdana Menteri Men Sam An berkata selepas 30 tahun inskripsi pada 14 Dis 1992, Taman Arkeologi Angkor terus dilindungi, dipelihara dan dibangunkan dengan baik dan menjadi antara destinasi pelancongan paling popular di rantau ini.

“Kini lawatan ke Angkor kembali normal hasil keamanan dan kestabilan politik serta kejayaan kerajaan mengawal wabak Covid-19.

“Acara ini bertujuan mempromosi potensi budaya dan pelancongan kami kepada dunia,“ katanya.

Menteri Kebudayaan dan Seni Halus Phoeurng Sackona berkata perayaan itu akan memberi peluang kepada orang ramai untuk melawat dan mempelajari kerja-kerja perlindungan, pemuliharaan dan pembangunan Angkor.

“Ini merupakan mesej kepada rakan senegara untuk bersama-sama menjaga dan memelihara Angkor dan warisan negara yang lain untuk kepentingan bersama,“ katanya.

Menurut penganjur acara Pihak Berkuasa Kebangsaan APSARA (ANA), sepanjang tiga hari, pengunjung berpeluang menikmati persembahan seni dan filem percuma di beberapa kuil terpilih.

Selain itu, lawatan percuma ke beberapa tapak dan muzium juga disediakan bagi membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai kerja pemuliharaan dan pembangunan Angkor.

Terletak di wilayah Siem Reap di barat laut Kemboja, Taman Arkeologi Angkor seluas 401 kilometer persegi itu adalah destinasi pelancongan paling popular di Asia Tenggara.

Sebelum pandemik Covid-19, tapak purba itu menarik sehingga 2.2 juta pelancong antarabangsa pada 2019, menjana pendapatan kasar AS$99 juta daripada jualan tiket, menurut Angkor Enterprise milik kerajaan.

Dari Januari hingga November 2022, tapak itu menerima lebih 225,000 pelancong asing, memperoleh pendapatan AS$9 juta, menurut Angkor Enterprise.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Maritimo Appoints KJM Marine as Middle East and Indian Ocean Dealer

Maritimo has appointed KJM Marine as its exclusive dealer across the GCC and selected Middle East and Indian Ocean markets, expanding regional access to its Australian-built luxury motor yachts with dedicated sales, technical expertise and comprehensive after-sales support.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings