the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

14 pelajar, seorang guru dihantar ke hospital akibat tumpahan merkuri

ALOR SETAR: Seramai 14 pelajar dan seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kulim di Taman Berlian dekat Kulim, dihantar ke hospital selepas mengalami gejala kegatalan akibat tumpahan merkuri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada pihak sekolah pada pukul 11.20 pagi.

“Seramai 11 anggota daripada BBP Kulim telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati berlaku tumpahan merkuri di lantai bilik makmal sekolah itu.

“Akibat tumpahan itu, seramai lima pelajar lelaki dan sembilan pelajar perempuan berusia 11 tahun serta seorang guru wanita berumur 36 tahun, mengalami kegatalan di bahagian muka dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tumpahan merkuri berkenaan tidak terkena secara langsung pada kesemua mangsa, tetapi mereka dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut akibat gejala kegatalan yang dialami.

“Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan di kawasan yang terjejas dan operasi telah ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.40 tengah hari,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings