the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Thailand tahan dua lelaki tempatan seludup pikap dengan plat pendaftaran Malaysia

SONGKHLA: Polis Thailand menahan dua warga tempatan yang menyeludup sebuah kenderaan pikap dengan nombor plat pendaftaran Malaysia di Sadao, Songkhla.

Dalam kejadian pada Ahad, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 23 tahun itu yang membawa masuk sebuah pikap di lorong tikus di Sadao.

Ketua Polis Sadao Kol. Pol. Bantheng Laochareng berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan orang tengah yang diupah untuk menyeludup masuk kenderaan itu ke Thailand.

“Setakat ini pemilik kenderaan itu belum tampil membuat laporan akan kehilangan kenderaan itu.

“Polis Thailand sedang berhubung dengan polis Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings