the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Sampan jadi pengangkutan utama penduduk Kampung Bawah Lembah

PASIR MAS: Kampung Bawah Lembah, Rantau Panjang di sini boleh diibaratkan perkampungan nelayan apabila puluhan sampan milik penduduk diletakkan di tepi jalan utama berikutan kampung tersebut terkesan banjir sejak Sabtu lepas.

Sampan digunakan penduduk kampung sebagai ‘kenderaan rasmi’ mereka untuk ke jalan utama selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air malah jalan utama sepanjang lima kilometer itu turut ditenggelami air lebih satu meter.

Seorang penduduk, Zaid Ismail, 52, berkata berikutan jalan yang terputus hubungan, penduduk terpaksa menggunakan sampan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Rata-rata penduduk di kampung ini memiliki sampan sendiri kerana apabila banjir, kampung ini boleh diibaratkan seperti lautan.

“Kami sudah terbiasa dengan situasi begini, justeru apabila banjir, sampan akan menjadi kenderaan rasmi kami untuk berpindah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zaid berkata beliau terpaksa berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Gual Periok apabila halaman rumahnya dinaiki air hampir dua meter.

“Suasana seakan perkampungan nelayan ini akan berterusan sekurang-kurangnya lebih seminggu sebelum air banjir surut dan jalan raya boleh dilalui kenderaan,” katanya.

Ramli Che Awang, 55, pula berkata semua urusan pergerakan penduduk dalam tempoh banjir akan dilakukan menggunakan sampan.

“Sepanjang satu atau dua minggu ini kami akan menggunakan sampan kerana kereta dan motosikal terpaksa diletakkan di tempat yang tinggi.

“Ada penduduk perlu mendayung sampan sejauh satu kilometer meredah banjir untuk pulang melihat rumah mereka selepas ditinggalkan kerana bermalam di PPS,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings