the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong berkenan terima menghadap PM untuk mesyuarat pra-Kabinet pertama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan sesi mesyuarat Pra-Kabinet itu berlangsung selama 45 minit bermula 4.15 petang.

“Sesi ini juga adalah yang pertama buat Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lalu,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuat naik tiga keping gambar menunjukkan Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan Seri Paduka.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan serta isu berkaitan kerajaan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings