the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: Kes baharu di Korea Selatan catat penurunan dalam tempoh 11 minggu

SEOUL: Kes baharu Covid-19 di Korea Selatan menurun kepada paras terendah untuk tempoh 11 minggu namun terdapat peningkatan dalam kes import.

Sejumlah 43,953 jangkitan baharu dilaporkan termasuk 135 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 29,698,043, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Jumlah kes yang direkodkan pada Khamis itu adalah yang terendah sejak 27 Okt, lapor Yonhap memetik KDCA.

Sepanjang tempoh itu juga 76 kematian dilaporkan menjadikan korban secara keseluruhan berjumlah 32,821. Bilangan pesakit kritikal pula sebanyak 510 kes menurun sebanyak 30 kes berbanding hari sebelumnya.

Kerajaan Korea Selatan telah meningkatkan pemantauan untuk pelawat luar negara di tengah-tengah lonjakan jangkitan di China baru-baru ini berikutan pemansuhan dasar sifar Covid-19.

Daripada 135 kes baharu import yang dilaporkan pada Khamis sebanyak 90 atau 66.6 peratus membabitkan mereka dari China, menurut KDCA. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Recognition by Anwar enhances fairer revenue return claims for Penang

Chief Minister Chow Kon Yeow said the Prime Minister's recognition confirmed that Penang plays a very important role as one of the main drivers of the country's economic growth and a net contributor to the federal revenue as a whole.

Samsung brings back solve for tomorrow 2026 to spark youth-led innovation and drive social...

Samsung Solve for Tomorrow 2026, the highly-anticipated youth innovation competition, is back for its 10th edition in Singapore! As the world looks to navigate the uncertainties ahead, Solve for Tomorrow provides a platform for young changemakers to be equipped with the knowledge and skills to shape a better tomorrow for all.

Maritimo Appoints KJM Marine as Middle East and Indian Ocean Dealer

Maritimo has appointed KJM Marine as its exclusive dealer across the GCC and selected Middle East and Indian Ocean markets, expanding regional access to its Australian-built luxury motor yachts with dedicated sales, technical expertise and comprehensive after-sales support.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings