the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanada lulus suntikan penggalak Covid-19 bivalen pertama untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

OTTAWA (Kanada): Health Canada pada Jumaat meluluskan dos penggalak bivalen Pfizer-BioNTech Comirnaty Omicron BA.4/BA.5 digunakan ke atas kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, lapor Xinhua.

Ia merupakan dos penggalak Covid-19 bivalen pertama yang dibenarkan ke atas kumpulan itu bagi membendung strain Covid-19 asal dan subvarian Omicron BA.4/BA.5, menurut Health Canada dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Health Canada membenarkan suntikan penggalak bivalen digunakan terhadap individu berumur 12 tahun ke atas pada 7 Okt 2022, menurut kenyataan itu.

Walaupun formulasi bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun adalah sama, dos yang dibenarkan hanya satu pertiga daripada dos bagi individu berumur 12 tahun dan ke atas.

Berdasarkan semakan saintifik yang menyeluruh, Health Canada menyimpulkan bahawa suntikan penggalak bivalen bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun adalah selamat dan berkesan.

Vaksinasi terus menjadi antara langkah berkesan melindungi keluarga dan komuniti daripada Covid-19.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Brigadier General Mikee Romero honored as Outstanding Leader in Asia

Philippine Air Force Reserve Brigadier General Michael "Mikee" L. Romero, who heads Mikro-Tech Capital Inc., has been recognized as one of Asia's most outstanding leaders by ACES Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings