the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN nafi beri layanan buruk kepada tahanan di Depoh Kimanis

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan keadaan fizikal tahanan yang kurus di Depoh Tahanan Imigresen Kimanis adalah disebabkan oleh layanan buruk Jabatan Imigresen (JIM).

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau telah diberikan makluman oleh JIM bahawa keadaan fizikal tahanan terbabit adalah sememangnya kurus dan susut sebelum memasuki depoh tahanan itu.

“Pertama, kita kena tengok subjek yang terlibat, adakah seorang rakyat biasa yang amalkan gaya hidup sihat atau dia juga sebenarnya ikut terbabit dalam aktiviti yang menyebabkan fizikal badan susut,” katanya pada sidang media selepas taklimat pengoperasian JIM bersama pengurusan tertinggi agensi itu, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular melibatkan tahanan di depoh itu yang antara lain mendakwa mereka tidak diberikan makanan secukupnya serta diberikan layanan buruk oleh JIM.

Semalam, tular satu video berdurasi 90 saat memaparkan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Solomon merayu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor agar dia dan rakannya dibebaskan secepat mungkin. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings