the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MBI Kedah meterai MoU untuk industri perlombongan REE di Kedah

ALOR SETAR: Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd dan Xiamen Tungsten Co Ltd dalam usaha penerokaan maklumat dan kepakaran bagi industri perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar). MBI Kedah diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhamad Sobri Osman manakala Jangka Bakat Minerals diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Liana Khalid dan Xiamen Tungsten diwakili Pengurus Besarnya, Liu Wenli.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBI Kedah, Jangka Bakat Minerals dan Xiamen Tungsten kerana bersetuju untuk bekerjasama menjayakan perlombongan REE di Kedah.

“REE ialah sumber strategik dunia dan berkait dengan geopolitik serantau. Namun, kita sebagai pengeluar hasil REE pada masa depan akan kekal neutral dan membuat keputusan demi manfaat ekonomi terbaik negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata deposit atau simpanan REE secara semula jadi di Kedah berkualiti kerana mengandungi unsur mineral bernilai tinggi dan ia merupakan satu nikmat kurniaan yang sememangnya harus disyukuri oleh semua pihak.

Dalam pada itu, katanya daripada pengamatan beliau, aktiviti pengeluaran REE secara haram di negeri ini berlaku disebabkan kemungkinan belum ada prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan bahan itu dikeluarkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim setakat ini.

“REE ini bukan sahaja telah dikeluarkan di beberapa lokasi di negeri ini tetapi juga telah dikeluarkan di beberapa lokasi di negeri lain secara haram.

“Pihak Kementerian Sumber Asli dalam (mesyuarat) Majlis Tanah Negara sebelum ini telah membincangkan (mengenai SOP) beberapa kali, (namun) mereka meminta kita menunggu SOP yang akan dikeluarkan oleh kementerian. Sehingga kini, kita masih belum menerima SOP itu.

“Oleh kerana bahan ini mendapat permintaan yang tinggi, dengan nilai yang baik, orang tak dapat menunggu. Mereka letak nama lain walaupun bahan itu REE,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan mengambil inisiatif untuk memastikan pemain industri yang terlibat mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan perlombongan REE supaya hasil bumi yang dikeluarkan tidak terlepas begitu sahaja.

“Bagi memastikan aktiviti ini dibuat berdasarkan undang-undang, jabatan yang ada di Kedah khususnya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan yang begitu banyak tanah-tanah mereka terlibat, perlu menguatkuasakan peraturan dan undang-undang,” katanya.

Pada 31 Okt tahun lepas, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri memperoleh semula hasil selepas terpaksa menanggung kerugian akibat aktiviti perlombongan haram REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik setelah dua kompaun dikenakan terhadap seorang lelaki warga China yang didapati melakukan kegiatan itu.

Katanya dua kompaun berjumlah RM630,000 itu melibatkan kompaun maksimum RM500,000 untuk kesalahan melombong REE dan kompaun RM130,000 bagi kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) yang dibayar pada 11 Okt tahun lepas.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings