the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tzu Ying mahu berehat, sambut Tahun Baharu Cina usai Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Perseorangan wanita nombor tiga dunia Tai Tzu Ying (gambar) merancang untuk melangkau siri Asia Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selepas kejohanan pembuka tirai Terbuka Malaysia yang bermula hari ini hingga Ahad di Arena Axiata di sini.

Pemain Taiwan berusia 28 tahun itu, yang menamatkan Akhir Jelajah Dunia pada 7-11 Dis lepas di Bangkok sebagai naib johan, akan berehat sebulan dan bersedia untuk latihan, selain menyambut Tahun Baharu Cina pada 22 Jan ini.

Ini bermaksud beliau tidak akan menyertai Terbuka India minggu depan, Masters Indonesia (24-29 Jan) dan Thailand Masters (31 Jan-5 Feb) dan dijangka kembali beraksi dengan semangat baharu pada kejohanan siri Eropah bermula dengan Terbuka Jerman pada 7-12 Mac.

“Saya masih dibelenggu perasaan ketika kejohanan dan tidak cukup rehat kerana jarak antara musim lepas dengan musim ini pendek. Jadi saya akan berehat dan fokus pada pemulihan dan bersedia untuk kelayakan ke Olimpik Paris.

“Saya tidak menetapkan sasaran untuk Terbuka Malaysia dan saya suka bermain di sini. Saya cuma mahu menumpukan pada perlawanan satu demi satu,” kata pemenang perak Olimpik itu kepada pemberita di sini, hari ini.

Tzu Ying yang juga pemenang pingat Kejohanan Dunia itu memulakan kempen dengan mengetepikan Clara Azurmendi dari Sepanyol 21-10, 21-10.

Beliau akan berdepan Han Yue dari China dalam pusingan kedua pada Khamis.

Han Yue menundukkan bekas pemain nombor satu dunia Saina Nehwal dari India 21-12, 17-21, 21-12 hari ini.

16 pemain pada kedudukan teratas (maksimum dua pemain untuk setiap negara) ranking ‘Race to Paris’ bermula 1 Mei ini hingga 28 April, 2024 akan layak secara automatik ke Olimpik.

Sementara itu, pemain nombor lima dunia He Bing Jiao dari China, yang juga pemain pilihan kejohanan, tersingkir apabila dikalahkan 11-21, 17-21 oleh pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung.

Perseorangan wanita nombor satu dunia Akane Yamaguchi dari Jepun dikejutkan 17-21 dalam set pertama menentang Line Hojmark Kjaersfeldt, namun Akane bangkit dan menewaskan pemain Denmark itu 21-13, 21-15.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings