the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

China gantung perkhidmatan visa Korea Selatan sebagai bantahan peraturan Covid-19

SEOUL: China pada Selasa mengumumkan penggantungan perkhidmatan visa jangka pendek untuk rakyat Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap peraturan kemasukan Covid-19 Seoul, lapor Yonhap.

Kedutaan China di Seoul mengumumkan keputusan itu dalam catatan di akaun WeChatnya, memetik “arahan” dari Beijing agar kedutaan dan konsulatnya menghentikan pengeluaran visa termasuk lawatan untuk tujuan perdagangan, pelancongan dan perubatan.

Korea Selatan didakwa mengetatkan peraturan ke atas pelancong dari China, menghentikan pengeluaran visa jangka pendek untuk rakyat China sehingga akhir bulan ini, serta mewajibkan semua pelancong menjalani ujian PCR pada hari pertama ketibaan.

Pada Isnin, Menteri Luar China Qin Gang menyuarakan kebimbangan terhadap langkah Seoul menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Park Jin.

Park menjelaskan bahawa sekatan itu dikenakan “atas dasar saintifik,“ menurut pejabatnya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings