the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 5, 2026
27.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Usah persia mandat lima tahun sekali, keluarlah mengundi untuk masa depan: Haniza

PETALING JAYA: Tanggapan kelesuan politik harus dielakkan dan mengundi adalah tanggungjawab asas seorang warganegara dalam manamana sistem demokrasi, kata Calon Parti Bangsa Malaysia Parlimen Hulu Selangor Haniza Mohamed Talha.

“Sepanjang kempen saya di Hulu Selangor, malah sebelum pembubaran Parlimen lagi, saya telah menerima banyak maklum balas daripada orang ramai bahawa mereka tidak begitu berminat dengan pilihan raya umum ke 15.

“Malah, ramai yang memaklumkan mereka tidak akan keluar mengundi akibat kelesuan politik dan bertanya: Mengapa saya perlu mengundi pada PRU15? Tidak ada apa yang akan berubah.”

“Tanggapan dan sikap sedemikian yang datang daripada rakyat adalah sesuatu yang saya serta barisan pimpinan Parti Bangsa Malaysia amat prihatin dan cakna, bersama kebimbangan jika ia semakin menular dalam kalangan masyarakat kita,“ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Walaupun PBM faham apa punca yang menyebabkan sesetengah rakyat mempunyai pemikiran sedemikian, memilih untuk tidak mengundi bermakna mengabaikan tanggungjawab sebagai rakyat negara ini, katannya.

“Seseorang itu tidak seharusnya beremosi dan memilih untuk tidak mengundi pada PRU15.

“Di Malaysia, peluang itu hanya datang lima tahun sekali. Apa yang akan berlaku jika pengundi masih enggan untuk keluar mengundi? Ada kemungkinan mereka akan memberi laluan percuma kepada pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau efektif untuk mentadbir negara,“ tambah beliau.

PBM merayu kepada pengundi untuk memberi peluang kepada parti tersebut dalam PRU kali ini.

“Sebagai sebuah parti berbilang kaum yang mengutamakan pemerkasaan wanita dan belia, PBM tiada ‘political baggage’ seperti sesetengah parti politik lain.

“Mengundi PBM bererti memecahkan acuan politik lama yang mungkin merencatkan pembangunan negara. Justeru, sekali lagi, saya merayu semua rakyat.”

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings