the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid: Bincang dari hati ke hati, cari penyelesaian situasi ‘win-win’

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan dari hati ke hati dan ikhtiar penyelesaian menang-menang akan dilakukan bagi mengatasi kemelut politik di Sabah.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diadakan semalam bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

“Insya-Allah, selepas pertemuan itu nanti saya yakin Datuk Seri Anwar akan bertemu saudara saudari (petugas media) bagi menyatakan apakah keputusan dalam pertemuan yang akan dibuat nanti.

“Tentunya kita akan mencari jalan terhadap penyelesaian kemelut ini dan kita akan berikhtiar supaya situasi menang-menang akan dicapai dalam rundingan nanti,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama pemimpin BN di Bangunan UMNO di sini semalam.

Anwar tiba di Kota Kinabalu pada 9.41 malam dan kini berada di sebuah hotel bagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin negeri.

Jumaat lepas, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional telah dilanggar.

Bagaimanapun pada Sabtu, lima wakil rakyat daripada BN menyatakan pendirian menyokong Hajiji dan merupakan antara 44 ADUN yang didakwa masih memberikan sokongan kepada beliau Ketua Menteri serta mengekalkan kerajaan negeri ketika ini.

DUN Sabah mempunyai 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam yang dilantik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings