the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar: Penyelesaian kemelut politik di tangan pemimpin Sabah sendiri

KOTA KINABALU: Penyelesaian terhadap kemelut politik Sabah terletak di tangan pemimpin negeri itu sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata apa yang mampu beliau dan pemimpin lain lakukan hanyalah memberi nasihat bagi mencari jalan terhadap penyelesaian kemelut itu.

Katanya beliau bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk melerai kekusutan politik di Sabah.

“Keadaan masa ini bertambah baik, saya dan (Ahmad) Zahid sedang mencari penyelasaian yang terbaik untuk Sabah, dan keputusannya diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri, kita hanya mampu beri nasihat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Sabah termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin di sebuah hotel di sini.

Jumaat lepas, Bung Moktar mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional telah dilanggar.

Bagaimanapun pada Sabtu, lima wakil rakyat daripada BN menyatakan pendirian menyokong Hajiji dan merupakan antara 44 ADUN yang didakwa masih memberikan sokongan kepada beliau sebagai Ketua Menteri serta mengekalkan kerajaan negeri ketika ini.

DUN Sabah mempunyai 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam yang dilantik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings