the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama dengan mana-mana pihak adalah keputusan parti, bukan individu: Ismail Sabri

ALOR GAJAH: Keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak jika Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 adalah keputusan parti bukannya individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri (gambar).

Naib Presiden Umno itu berkata ia termasuk kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Keputusan besar seperti ini parti kena tentukan, bukan individu… nak dengan PKR, PN (Perikatan Nasional) ke atau PH (Pakatan Harapan), parti kena tentukan,“ katanya kepada media selepas sesi ramah mesra bersama penduduk di Durian Tunggal hari ini.

Ditanya mengenai cuti umum khas pada 18 Nov dan gaji awal untuk penjawat awam pada 17 Nov seperti yang tular di media sosial, Ismail Sabri berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Hari ini dalam media dah ada bayangan, tunggulah saya umumkan nanti,“ katanya selepas tinjauan mesra di Pasar Malam Pekan Durian Tunggal di sini.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Alor Gajah iaitu Shahril Sufian Hamdan, yang juga Ketua Penerangan Umno, dan Menteri Besar Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings